Salam semua,
Hari ni aku nak share resepi "sambal goreng jawa"..mesti korang terpikir sambal goreng nape x nampak cam sambal ek?..haaa..ni lah special nya menu2 org jawa ni..resepi aku ni versi sambal goreng jawa johor yea..lebih tepat lagi muar lah sebab nenek aku dr sna. Kalau resepi sambal goreng jawa selangor (area kuala selangor, tanjung karang,sabak bernam) lak lain skit la..ada tambahan santan dan kacang tanah.
Sambal goreng jawa ni merupakan menu wajib kerabat kami setiap kali adanya kenduri kawin,kenduri tahlil, pagi raya aidil fitri dan aidiladha. Memang wajib dan kalau xde rasanya hilang nikmat kenduri youuu..huhu..biasanya kalau start je masak menu ni, kami sepupu sepapat ni dh x keruan..ulang alik kuar masuk dapur semata nk jengah dah siap ke...apatah lagi bila siap sepenuhnya mmg beratur you!!..sedap makan panas2..ok lah meh layan bahan2 yg perlu beserta cara memasaknya...
Sambal goreng jawa
Resepi : Nuris Kitchen
Bahan-bahan: (untuk hidangan 5-10 orang)
Bahan A
1 cawan minyak untuk menumis
2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bwang putih - hiris
3 biji bwang kecil - hiris
segenggam bilis - ditumbuk
3 tangkai cili besar merah - hiris
3 tangkai cili besar hijau - hiris
5 tangkai cili padi merah - hiris
5 tangkai cili padi hijau - hiris
Bahan B (perlu digoreng dan di toskan)
5 biji kentang - potong nipis (mcm dalam gambar)
5 bungkus tempe - potong nipis (mcm dalam gambar) -ni tempe yg dibungkus daun pisang. kalau dlm plastik anggaran penggunaan ialah dua bungk
Bahan C
100g kubis - di hiris (mcm dalam gambar)
10 tangkai kacang panjang - potong serong (saya tak letak)
satu pek su'un - direndam dan di tos kan(pek tu saiz pek bihun)
kicap masin
kicap manis
garam
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang sehingga keperangan
3. Masukkan bilis tumbuk dan kacau rata sehingga keperangan
4. Kemudian masukkan 4 jenis cili secara turutan dalam list bahan A seperti diatas
5. Tumis sehingga cili sedikit layu
6. Masukkan bahan B
7. Gaul mesra dan sebati
8. Masukkan bahan C mengikut turutan
9. Perlu di ingatkan su'un hendaklah masuk sedikit demi sedikit utk mengelakkan ianya berkumpul @kepal. sambil masuk su'un sambil gaul rata, kemudia masuk lagi sikit demi sikit
10.Step last sekali perasakan dengan garam, kicap manis and kicap masin
11.Gaul rata sebati dan hidang. Sedap dimakan ratah2 begitu sahaja
BAHAN A
BAHAN B
BAHAN C
Su'un yang direndam dan di toskan
STEP MEMASAK
MOHON MAAF ADA STEP YANG TIADA GAMBAR...HUHU..SELAMAT MENCUBA!

cili 4 berad |
Bahan2 untuk di tumis. Bilis tumbuk tiada dalam gambar |
BAHAN B
kentang yang telah siap digireng |
Tempe yang telah siap digoreng |
BAHAN C
Kubis yang telah di basuh, di toskan dan di potong |
Su'un yang direndam dan di toskan
STEP MEMASAK
Tumis bawang dan bilis tumbuk |
masukkan cili 4 beradik |
Masukkan kentang dan tempe, gaul mesra dan diikuti su'un dan kicap |
Gaul mesra dan perasakan ngan garam dan sedia utk di makan panas2! |
MOHON MAAF ADA STEP YANG TIADA GAMBAR...HUHU..SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment