Pages

Monday, 28 March 2016

Resepi popia rangup yang mewah

Salam Blogger,

Buat pertama kalinya aku nak share resepi2 hasil air tangan aku kat blog ni..Selama ni malas nak share tapi in shaa allah tahun ni merajin2 kan diri..heheheh.

ok, serba sedikit kisah popia..Popia ni merupakan kuih favourite aku lah...sbb aku jenis suka kuih yg cruncy2 ni..kebanyakan popia yg terdapat di pasaran skg semua x menepati citarasa aku yg sememangnya fisrt class taste ni haaa...sebab tu nama resepi aku Popia crunchy yang mewah..sebab apa mewah? sebab isi popia tu yg tersendiri dan padat serta mengenyangkan..nak tau apa isinya? jom layan resepi aku ni haa...



Frozen Popia
Resepi: Nuris Kitchen


Bahan-bahan Popia:
1 peket kulit popia (50 sheet)
2 keping dada ayam atau 1 peket ayam kisar atau 1 peket daging kisar atau 400g isi udang
5 ulas bawang putih - dadu
1/2 bj bawang besar - dadu
1 biji kubis - hiris halus
3 batang lobak merah - sagat
5 keping tauhu petak -ramas / hancurkan
7 tangkai kacang panjang -potong kecil
Garam
Serbuk lada sulah/lada hitam
1 kiub ayam -kerat dua bahagian
Minyak masak 2 cawan

Cara-cara memasak:
1.  Panaskan minyak masak
2.  Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3.  Masukkan isi ayam atau ayam kisar atau daging kisar atau udang yang dipotong kecil
4.  Masukkan tauhu (tujuan adalah untuk mendapatkan rasa lemak)
5.  Gaul mesra bersama setengah kiub ayam
6.  Masukkan lobak merah dan kacang panjang
7.  Masukkan kubis dan diikuti baki kiub ayam
8.  Masukkan garam dan lada hitam secukup rata.
9.  Gaul rata dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam popia (tapis sehingga betul2 kering)


Utk frozenkan, susun popia yg siap atas tray dan bekukan. Bila dah beku baru dimasukkan dalam bekas atau plastik. Kalau masukkan terus dlm plastik, popia akan mudah melekat.

*Tips penting :Makesure betul-betul sejuk baru di letakkan ke kulit popia dan gulung, sekiranya tidak tapis sebaiknya dan keadaan masih panas akan menyebabkan popia itu lembik dan tidak rangup selepas di goreng

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan pelekat popia; 
3 sudu tepung gandum
air

Cara-cara melekatkan popia: 

1.  Masukkan tepung gandum dalam mangkuk kecil
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit
3.  Gaul sehingga likat dan sebati, jangan terlalu cair nnti x leh lekat yea
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    Bahan-bahan sos
    20 tangkai cili kering yang di potong halus, direbus dan di blend
    3 senduk sos cili
    2 senduk gula
    setengah cawan air ikut kepekatan atau kecairan yg anda mahu
    Cara-cara membuat sos: 

    1.  Masukkan cili kering yg telah dikisar
    2.  Masukkan gula dan kacau sebati
    3.  Setelah nampak gula dan cili larut dan sebati, masukkan sos cili
    4.  Masukkan air ikut kepekatan yang anda mahu
    5.  Sedia utk dihidang


     



    No comments: