Pages

Thursday, 31 March 2016

Lempeng lembut yang superb!



Salam warga blogger,

Kali ni aku nak share ngan korang resepi lempeng yang super duper lembut. Before tu meh story skit kisah lempeng yang menjadi favourite sejak aku mula kenal erti sedapnye makanan2 lejen ni haa...

Dahulunya masa zaman kanak-kanak aku memang tak suka langsung ngan lempeng..kalau bangun pagi, ada bekfes lempeng memang rasa macam hilang mood je..Almaklumla kanak-kanak kan...bangun je pagi berangan nak breakfast orang putih..konon-konon makan koko crunch ngan susu la..pastu x abis pun..hahah

Bila umur semakin meningkat, baru aku kenal erti makanan yang sebenar..sikit demi sikit kemahuan untuk mencuba dan merasa makanan yang dahulunya memang tak suka terus jadi suka..itulah namanya pengalaman kan...tak cuba tak tau..so pada mereka yang masih still memilih and tak makan itu ini tu sebenarnya minda kamu yang menguasai tahap selera kamu..cuba lah cuba apa yang kamu x suka tu pasti akan jadi suka..macam aku gak la dulu durian langsung x boleh makan, but now boleh lah terima rasa walaupun hanya seulas..at least ada usaha mencuba di situ..huhu..

Ok, tak mo panjang lebar, meh nak kongsi resepi lempeng...before tu, aku kalau makan lempeng mmg suka cicah kari, kari sardin, sambal tumis bilis dan sambal tumis hijau..kebetulan masa terciptanya lempeng ni seingat aku ada lebihan lauk kari ikan ..nak buang memang sayang, x baik membazir nnti rezki susah nak dtg..ok jom layan...

Bahan-bahan : (bancuhan untuk 10 keping lempeng saiz piring cawan @ seperti di gambar)

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam halus
1 biji telur


Cara memasak :

1.  Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender)
2.  Ambil satu senduk bancuhan tepung yang dikisar tadi dan dileperkan ke dalam kuali non-stick.
3.  Jangan terlalu tebal, goyangkan kuali ke kiri ke kanan smpi bancuhan menutupi tapak kuali non          stick tu yea..
4.  Bila bahagian bawah lempeng telah garing sedikit, Balikkan lempeng supaya bahagian atas juga         dapat di garingkan
5.  Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.
6.  Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari. 


Wednesday, 30 March 2016

Sambal goreng jawa yang mabeles!


Salam semua,

Hari ni aku nak share resepi "sambal goreng jawa"..mesti korang terpikir sambal goreng nape x nampak cam sambal ek?..haaa..ni lah special nya menu2 org jawa ni..resepi aku ni versi sambal goreng jawa johor yea..lebih tepat lagi muar lah sebab nenek aku dr sna. Kalau resepi sambal goreng jawa selangor (area kuala selangor, tanjung karang,sabak bernam) lak lain skit la..ada tambahan santan dan kacang tanah.

Sambal goreng jawa ni merupakan menu wajib kerabat kami setiap kali adanya kenduri kawin,kenduri tahlil, pagi raya aidil fitri dan aidiladha. Memang wajib dan kalau xde rasanya hilang nikmat kenduri youuu..huhu..biasanya kalau start je masak menu ni, kami sepupu sepapat ni dh x keruan..ulang alik kuar masuk dapur semata nk jengah dah siap ke...apatah lagi bila siap sepenuhnya mmg beratur you!!..sedap makan panas2..ok lah meh layan bahan2 yg perlu beserta cara memasaknya...


Sambal goreng jawa
Resepi : Nuris Kitchen

Bahan-bahan: (untuk hidangan 5-10 orang)

Bahan A

1 cawan minyak untuk menumis
2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bwang putih - hiris
3 biji bwang kecil - hiris
segenggam bilis - ditumbuk
3 tangkai cili besar merah - hiris
3 tangkai cili besar hijau - hiris
5 tangkai cili padi merah - hiris
5 tangkai cili padi hijau - hiris


Bahan B (perlu digoreng dan di toskan)

5 biji kentang - potong nipis (mcm dalam gambar)
5 bungkus tempe - potong nipis (mcm dalam gambar) -ni tempe yg dibungkus daun pisang. kalau dlm plastik anggaran penggunaan ialah dua bungk

Bahan C

100g kubis - di hiris (mcm dalam gambar)
10 tangkai kacang panjang - potong serong (saya tak letak)
satu pek su'un - direndam dan di tos kan(pek tu saiz pek bihun)
kicap masin
kicap manis
garam


Cara-cara memasak:

1.  Panaskan minyak
2.  Tumiskan bawang sehingga keperangan
3.  Masukkan bilis tumbuk dan kacau rata sehingga keperangan
4.  Kemudian masukkan 4 jenis cili secara turutan dalam list bahan A seperti diatas
5.  Tumis sehingga cili sedikit layu
6.  Masukkan bahan B
7.  Gaul mesra dan sebati
8.  Masukkan bahan C mengikut turutan
9.  Perlu di ingatkan su'un hendaklah masuk sedikit demi sedikit utk mengelakkan ianya berkumpul         @kepal. sambil masuk su'un sambil gaul rata, kemudia masuk lagi sikit demi sikit
10.Step last sekali perasakan dengan garam, kicap manis and kicap masin
11.Gaul rata sebati dan hidang. Sedap dimakan ratah2 begitu sahaja


BAHAN A


cili 4 berad
Bahan2 untuk di tumis. Bilis tumbuk tiada dalam gambar



BAHAN B

kentang yang telah siap digireng
Tempe yang telah siap digoreng


BAHAN C

Kubis yang telah di basuh, di toskan dan di potong

Su'un yang direndam dan di toskan


STEP MEMASAK

Tumis bawang dan bilis tumbuk
masukkan cili 4 beradik


Masukkan kentang dan tempe, gaul mesra dan diikuti su'un dan kicap


Gaul mesra dan perasakan ngan garam dan sedia utk di makan panas2!


MOHON MAAF ADA STEP YANG TIADA GAMBAR...HUHU..SELAMAT MENCUBA!

Monday, 28 March 2016

Resepi popia rangup yang mewah

Salam Blogger,

Buat pertama kalinya aku nak share resepi2 hasil air tangan aku kat blog ni..Selama ni malas nak share tapi in shaa allah tahun ni merajin2 kan diri..heheheh.

ok, serba sedikit kisah popia..Popia ni merupakan kuih favourite aku lah...sbb aku jenis suka kuih yg cruncy2 ni..kebanyakan popia yg terdapat di pasaran skg semua x menepati citarasa aku yg sememangnya fisrt class taste ni haaa...sebab tu nama resepi aku Popia crunchy yang mewah..sebab apa mewah? sebab isi popia tu yg tersendiri dan padat serta mengenyangkan..nak tau apa isinya? jom layan resepi aku ni haa...



Frozen Popia
Resepi: Nuris Kitchen


Bahan-bahan Popia:
1 peket kulit popia (50 sheet)
2 keping dada ayam atau 1 peket ayam kisar atau 1 peket daging kisar atau 400g isi udang
5 ulas bawang putih - dadu
1/2 bj bawang besar - dadu
1 biji kubis - hiris halus
3 batang lobak merah - sagat
5 keping tauhu petak -ramas / hancurkan
7 tangkai kacang panjang -potong kecil
Garam
Serbuk lada sulah/lada hitam
1 kiub ayam -kerat dua bahagian
Minyak masak 2 cawan

Cara-cara memasak:
1.  Panaskan minyak masak
2.  Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3.  Masukkan isi ayam atau ayam kisar atau daging kisar atau udang yang dipotong kecil
4.  Masukkan tauhu (tujuan adalah untuk mendapatkan rasa lemak)
5.  Gaul mesra bersama setengah kiub ayam
6.  Masukkan lobak merah dan kacang panjang
7.  Masukkan kubis dan diikuti baki kiub ayam
8.  Masukkan garam dan lada hitam secukup rata.
9.  Gaul rata dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam popia (tapis sehingga betul2 kering)


Utk frozenkan, susun popia yg siap atas tray dan bekukan. Bila dah beku baru dimasukkan dalam bekas atau plastik. Kalau masukkan terus dlm plastik, popia akan mudah melekat.

*Tips penting :Makesure betul-betul sejuk baru di letakkan ke kulit popia dan gulung, sekiranya tidak tapis sebaiknya dan keadaan masih panas akan menyebabkan popia itu lembik dan tidak rangup selepas di goreng

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-bahan pelekat popia; 
3 sudu tepung gandum
air

Cara-cara melekatkan popia: 

1.  Masukkan tepung gandum dalam mangkuk kecil
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit
3.  Gaul sehingga likat dan sebati, jangan terlalu cair nnti x leh lekat yea
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    Bahan-bahan sos
    20 tangkai cili kering yang di potong halus, direbus dan di blend
    3 senduk sos cili
    2 senduk gula
    setengah cawan air ikut kepekatan atau kecairan yg anda mahu
    Cara-cara membuat sos: 

    1.  Masukkan cili kering yg telah dikisar
    2.  Masukkan gula dan kacau sebati
    3.  Setelah nampak gula dan cili larut dan sebati, masukkan sos cili
    4.  Masukkan air ikut kepekatan yang anda mahu
    5.  Sedia utk dihidang


     



    Rezeki Allah tidak pernah salah alamat..syukran jazilan

    Salam warga blogger,

    Memang benar kata pujangga, setiap stage perkahwinan itu ada ceritanya..kisah duka lara bertukar gembira, kisah kasih dan sayang bertukar rindu dan dendam, kisah pilu dan dan tangis bertukar kekhilafan dan pengajaran...x lupa juga kisahnya kesempitan hidup yang dilalui aku dan suami bertukar sedikit demi sedikit melalui jalan yang Allah dah redhakan..alhamdulillah semuanya pengalaman berharga dalam menuju keredhaan hidup kami suami isteri.

    Setiap rezeki yang kita dapat ni ada dugaan dan cabarannya..bukan mudah untuk allah berikannya, ada pengorbanan untuk setiap kesenangan, barulah ia dinamakan kehidupan..


    kalau ikut pujangga di atas, aku stage yang ke 5....huhu...kira fasa 1 yang nak mauk ke fasa 2  lah..alhamdulillah ..sikit2 allah bukak pintu rezki tu..

    Ceritanya hari ini aku nak share salah satu rezki aku yang aku rasa happy sangat..aku dapat order untuk supply popia frozen di Cold Storage Wangsa Walk selama setahun!!!...terima kasih kepada adik aku yang membuka jalan utk rezki ini..

    Dulu aku memang terkenal dengan panggilan "Nuris Popia" sebab aku rajin buat popia as a menu potluck kat opis smpi kawan2 yang pernah makan popia aku selalu je nk order2 frozen, kisahnya bila aku dah kawin, aku mula stop amik tempahan sebab aku terlalu bz untuk urus dan focus kat umah tangga aku..maksud aku fokus kat makan minum laki aku + kucing2 aku ler..huhu..ada jugak amik order sempoi2 gitu..maksud sempoi ialah order utk birthday party, potluck opis hubby and yang seangkatan,...

    Bila adik aku wasap semalam nk order utk supply setahun kat cold storage, aku mcm gamam sebentar..tapi bila pikir balik, why not? mungkin dengan rezki ini aku x perlu lagi makan gaji ke kannn....hai lah indahnya...ok untuk resepi popia frozen ni nnti aku create post baru yea..tunggguuuuu..

    Thursday, 24 March 2016

    Warung Pak Su & Mak Su , Tanjung Lumpur, Kuantan.

    Salam blogger and reader..

    Cuti Chinese New Year yang lepas, aku and Encik Hubby decide nak p Kuantan..why kuantan?why?...hahahha sebab kami dah sesangat boring dok jalan selatan n utara, pantai barat..asal cuti dok la p melaka, penang, cameron..pastu routed..smpi cemuih la org utara ckp..then pikir punya pikir aku ckp kat hubby jom kita try area pantai timur lak

    Asalnya berangan la nk ke terengganu n kelantan, tapii..memandangkan faktor umur yg dah tua skit ni, kami cadang kita mulakan ngan Kuantan dulu lah...Macam biasa lah kan..aku klu dah set nak p satu tempat tu aku explore abis2...kuantan ni tempatnya tepi laut..ada sungai..confirm lah seafood fresh2 n melambak2..

    Last aku p Kuantan 2 tahun lepas ..lama dah tu..itu pun sebab cousin kesayangan aku kawin kan...tapi sejak kecik smpi besar aku klu p kuantan mmg ikut mak ayah la, so nk explore tu terhad..smpi lah dh kawin ni, mmg habis la merayap..dapat laki lak mmg sekepala..layankan je!

    Kali ni aku nak citer dulu pasal warung pak Su & mak Su ni...dulu msa kecik2 mak ayah pernah bwk kami makan kat sini..kat sini mcm2 ada..konssepnya ko beratur bwk pinggan n pilih apa je yg terhidang kat kaunter makanan tu haa...pelbagai..sata, otak2, sotong ball, ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung, popia, karipap, ayam goreng, laksa laksam, sup, goreng2 mcm nasi goreng, mee goreng, nasi campur, kuih muih tradisional and pelbagai lah..jenuh nk sebut satu2 weh!

    Apa yang aku leh rekemen kat sini yg menjadi pilihan top 5 aku ialah:
    1.Udang celup tepung
    2.Sotong ball (sori xde dalam gambar sbb x sabau nk ngap)lembut sgt sbb handmade fresh dr dapur k
    3.Sata (memang ori punya ikan..seedap!..klu kat kl kelapa je lebih)
    4.Laksa yang super duper pekat..aku panggil laksa mewah
    5.Kopok lekor la..sah2 la puas hati sbb ikannya mmg terasa

    yang lain2 sedap gak, cuma yg 5 ni la paling top smpi aku berulang hari kedua ke sini utk lunch..harga lak sangat2 berbaloi..korang jgn risau, makan lah berpinggan2 pun tetap tak cecah RM 50 lah!....ni aku bagi harga yg aku igt k..macam sotong ball secucukRM2(ada 5ketul besar2)..udang secucuk RM6 (ada 7 ekor udang size medium), ikan celup tepung RM5 sekor..ikan ni besar yea...sata lak 2 ketul RM1...ko amik la berketul2 sebab sedap n aku jamin korang tak leh jumpa sata sesedap ini kat KL and mana2 tempat lain

    Nak pergi ke warung ni memang senang jek..kalau ko dah smpi kuantan town, ko ikut je signboard nak ke Teluk Cempedak..jumpa trafic lite simpang 4, amik kanan, ada tulis "tanjung Lumpur"..terus je ko akan naik jambatan utk cross..part ni aku suka sbb dapat layan view yang indah2..then ko terus je smpi ke kwsn PERAMu, belah kiri ada bali polis, situ lah warungnya,...x susah cari..korang mesti jumpa sbb kat situ je la kete parking bederet..ok..moh layan gambar!



     

     


     



     

    2016...Pilihan Allah tu tak pernah salah

    Salam warga blog

    Serius lama sungguh aku menyepi..bukan menyepi tapi betul2 sepi..Sepi yg bz...diam x diam dah 2016..kejap je dah bulan march..x lama je lagi nak puasa..

    ikutkan hati byk aku nak citer, tapi rasanya elok lah aku bercerita mana yg aku lalui 2016 je lah ek...mana2 yang 2014, 2015 tu nnti2 share kemudian..byk jugak resepi dan holiday yang aku nak kongsi..pe pun tgguuuuu...

    2016 ni tak banyak yang aku nak, cukuplah dengan mak ayah yang sihat, rezeki yang melimpah utk aku dan suami serta zuriat yang soleh dan solehah bagi penyambung keturunan kami..sesungguhnya allah lebih mengerti akan rezki ku dan jangan lah korang pertikaikan yea..

    alhamdulillah kasih sayang selepas 5 tahun berumahtangga semakin utuh..walaupun ada kalanya gaduh yang sampai rasa mcm dah x leh selamat tu lah yg buat kita lebih faham apa yang terkurang dan terlebih..apa yang boleh, apa yang tak boleh, apa yang tersurat dan yang tersirat..yang penting bersabarlah kerana pilihan allah tu x pernah salah..

    aku bersyukur kerana encik hubby jenis yang kuat sabarnya, aku pula kuat barannya..mix n match allah itu lah yang buat kami serasi..sekali lagi aku nak ckp "Pilihan Allah tak pernah salah"..

    tq encik hubby kerana memahami, tq juga kerana memiliki dan juga tq kerana menyayangi..semoga ikatan kita kita kekal ke jannah.."realize i'm not perfect, but love me anyways"...meh belanja gambar romantis skit..