Salam warga blogger sekalian...
Ok entri ni masih kesinambungan dari cerita2 entri yang lepas iaitu Cameron Highland. Kisahnya kenapa Cameron? sebab tu lah satu2 nya tempat yang aku and hubby rajin pergi..bak kata kawan-kawan aku dah mcm balik "kampung" lak...wajib tiap2 bulan...Heheheheehhe
Kali ni nak story mory apa yang best kat Taman Agroteknologi Mardi. Ok tempat ni terletak berhampiran town tanah rata. kalau dr brinchang, korang akan lalu kg sedia, kemudian turun bukit dan nampak taman yang ada playground belah kiri, masuk simpang kiri tu and teruskan lah perjalanan sampai nampak main entrance "Taman Agroteknologi Mardi"..
Yang menariknya kat sini ialah bunga-bungaan yg pelbagai..kiranya spesis bunga yang tak boleh hidup kat bawah sna leh hidup kat sni yea..tempatnya luas sangat dan berangin sejuk walaupun dalam gambar kelihatan matahari memancarkan cahaya dengan terangnya
ikutkan kawasannya luas sampai ke hujung, tapi aku ngan bff aku just jalan n lepak kat garden sahaja sambil menikmati suasana nan indah dan menghirup udara yang segar...x silap aku ada pelbagai tanaman rempah ratus dari negara luar seperti daun bay, thyme, oregano dan senagkatan ada di tanam dan dijual di sini. Stoberi pun ada, anggur pun ada, ahli keluarga salad dan sebagainya lah..payah nak citer sbb aku tak ronda habis. Oh ya untuk masuk ke sini seorang dewasa dikenakan bayaran rm3 seorang unlimited time..Jalan lah korang puas2....toilet dan surau juga ada disediakan untuk umat islam menunaikan solat fardhu...
Pada aku yang syok kat sni ialah bergambar, berselfie sambil feeling2 hindustan gitew..time aku pergi ni tgh hot citer dilwale..makanya feeling la "janam...janam..." kat pokok2 bunga di situ...jom la layan keindahan yang aku ckp kan tu yea..
|
haaaaaaa..nampak tak betapa feelingnye aku ngan munge2 ni haa |
|
juju my bff till jannah..16 years friendship weh |
|
bunga-bunga matahari...harum mekar di taman sari..warna jingga suntingan hati...lalalalalal |
|
yg ni memang fefeling oversea gitewwww |
|
periuk kera..sat gi kera mai masak kat sini..erkkkk |
|
juju my bestie |
|
aku si blogger..huhu |
No comments:
Post a Comment