Salam korang,
Entri kali ni aku nak share salah satu tempat yang aku lawat ketika berada di cameron. Kalau korang pergi Cameron, pastinya Strawberry menjadi tunggak one of the top five things yang korang akan beli kan?....Kat cameron merata gerai jual strawberry...murah-murah dan segar bugar..pengalaman aku setelah beberapa kali ke cameron ni, memang x dinafikan strawberry kat Opah Strawberry Farm ni memang manis dan fresh kalau nk dibandingkan dengan tempat lain...x kira la strawberry yang sudah tersedia atau yang korang nak petik sendiri
Selama ni kalau aku nak makan strawberry aku akan beli kat Kea Farm atau petik sendiri kat Big Red Strawberry Farm. Tetapi kali ini, aku memang nak sangat jalan2 area Kampung Sedia. Satu2 nya kampung yang padat dengan penduduk melayu yang giat mengusahakan pelbagai bisnes seperti ladang/kebun strawberry, homestay, chalet dan tanaman2 sayur segar.
Dalam banyak2 strawberry farm di sini, aku pernah pergi yang dekat Al-Masyor dan Opah Strawberry Farm...tapi pada pendapat aku, Opah Strawberry Farm adalah yg terbaik untuk semua product situ baik, superb ais cream, jelly, jem, mabeles scone, hot strawberry pie and ais cream malaysia flavour strawberry...tak lupa jugak buah strawberry petik sendiri..mmg manis!
Opah Strawberry Farm ni terletak between tanah rata dan Brinchang. Kalau dr Birnchang, Kg Sedia terletak sebelah kiri jalan yang ada pintu gerbang besar "kampung Sedia"...korang masuk je entrancen tu dan jalan terus ..ada dalam 1 km dr pintu gerbang, lepas pada Marina Chalet belah kiri, korang terus lagi, ..nnti korang akan nampak sign board "Opah Strawberry Farm"..kawasan perumahan melayu yang dibangunkan kebun2 strawberry di keliling rumah dan mini cafe.
Apa yang buat aku tertarik dengan Opah Strawberry Farm ini bila aku ada terbaca satu blog blogger yang mengatakan dia dan suami x minat makan ais cream tapi di Opah farm ni diaorg boleh repeat and repeat makan byk kali..so?mmg aku pikir sangat sedap la sbb aku mmg peminat ice cream. Selain itu scone dan strawberry pie nya mmg terbaik hokeh!...sangat2 sedap dan fresh, dihidang pulak panas2..memang salute wa cakap lu!...kalau korang rasa nak makan pie ngan scone tu aku nasihatkan datang lah pagi2 sebab stok masih banyak...klu dah lewat, korang makan eskem jek la ekkk..
Kat sini juga merupakan pengalaman aku 1st time petik buah strawberry k!...memang betul aku dah berkali2 dtg cameron tapi niat and mood nk memetik mmg malas, makanya beli yg dah siap jek..tapi bila kat opah farm ni perasaan teruja nk petik(tapi sebenarnya potong pakai gunting) tu membara2 lak..mungkin sebab buahnya yang besar2 dan fresh gitu yang buat aku x tahan. Oh ya ni aku nak bg tips kat korang, kalau nak datang cameron beli or petik strawbery, korang datang lah awal tahun dalam january and february kerana baru lepas musim hujan dan musim panas yang tak seberapa panas akan membuahkan stoberi yang sedap dan manis..klu bulan mac ke atas mmg ada stoberi tapi x jamin dengan keadaan iklim el nino kat malysia skg..takut tggal pokok ja..kalau hujung tahun mmg ada buahnya tapi x manis sebab musim hujan banyak air lak...hehehe..eh dah mcm saintis lak aku...ni pengalaman aku la..pengalaman org lain aku tak tau la..huhuhu.....ok lah moh layan gambar...
antara yang terbaik..harus order! |
stoberi pie yang sangat mabeles and hot!..lembut sgt! |
ni yang aku cakap homemade stoberi ice cream yang melting tu..repeat n repeat! |
Kan dah cakap stoberinya menggugat jiwa! |
Anatar yang erjaya di petik untuk bawak balik..murah |
Encik Hubby fokus memetik..eh..menggunting |
With my BFF couple @ travel partner, JuJu & Hubby.. |
"KAMI"....partner berjalan and holiday |
Layan "eskem malaysia" flavour stoberi |
No comments:
Post a Comment