Pages

Tuesday, 12 April 2016

Cameron Highland : Pasar Kea Farm


Salam semua...

Maaflah beberapa hari ni i bz uollsss...bz ngan small bisnes "popia frozen"..huhu..nape mini?sebab aku buat as a part timer je..cr side income..alhamdulillah..

Ok entri kali ni masih lagi dalam story mory tentang Cameron Highland..sebab apa masih ngan Cameron?sebab nak abiskan semua stok simpanan gambar tentang Cameron ni..baru leh masuk topic lain lak..huhu...

Pasar Kea Farm..kalau korang p Cameron mmg x sah klu tak singgah pasar ni..lagi2 la kalau korang bwk mak pak sekali..mak2 tu mmg suka ngan pasar kea farm..sebab apa?..nama pun pasar kan..kat sni dijual pelbagai jenis  sayur-sayur segar bugar, buah-buah, segala jenis to nenek ubi dan madu asli.

Kalau korang nak tau betapa famous nye Pasar Kea Farm ni, dia punya kesesakan nak kesini memakan masa hampir sejm dua dan berkilo2 meter panjangnya..so rancang lah perjalanan korang yea...parking mmg susah la..aku klu pergi aku park kat area hotel equatorial tu atau namanya skg hotel copthorne...se eloknya korang kuar la awal pagi klu nk kesini..pastu korang dah boleh jalan2 tempat lain...cameron ni klu jem, mintak ampun!..mmg sesak yg amat lagi2 musim panas ni yg semua org nak p tempat sejukk..

Antara yang best kat Kea farm of coz la jagung manissss..serius sedap n manis..beberapa makanan panan seperti cendawan goreng..kimci goreng, bayam goreng dan seangkatan la...selain tu jugak, sayur2 kat sini dijual murah sgt..percaya atau tak kalau korang pandai pilih, boleh dapat 13 jenis sayur dengan harga RM10.00 jakkk

Ok jom layan gamabar2 terkumpul aku kat kea farm since 2012-2016!..maaflah x byk gambar sebab ada lagi satu album kat hp lama yg tak leh bukak..huhu..klu dah ok, aku tambah je kemudia k

main entrance Pasar Kea Farm

Zaman Dolu2
 

ni la jagung maniss..ada yg tongkol jugakkk
 

stoberi yang segar bugar


cantik kannnnnn...bunga carnation

segala macam ubi
madu asli



Thursday, 7 April 2016

Cameron Highland: Ladang Teh Boh Sungei Palas "Ombak Rindu" year 2012 - 2016

Salam semua!

Tengok tajuk title post pun dah leh agak kan aku nak cerita pasal cameron highland lagik!..tapi kali ni aku akan combine kan semua gambar2 yang aku ada dalam simpanan masa aku melawat ladang Teh ombak Rindu ni haaa...bukan aku malas nak buat satu persatu blognye tapi memandangkan ceritanya mungkin akan sama setiap kali pergi, makanya aku gabungkan sahaja menjadi satu ok!

kenapa aku ckp Ladang teh "ombak rindu"?...sebab masa tahun 2012 ke 2013..sebab utama aku datang sni ialah semata nak feel suasana syahdu, sejuk, nyaman dan tenang macam dalam filem ombak rindu. Tapi kalau ikut citer dalam filem,masa part dekat lokasi ni aaron aziz bergaduh ngan lisa surihani sebab aaron sedang memjuk julia ziegler yang baru putus cinta, kemudia lisa nampak dan marah,diikuti maya karin (heroin) nampak dan terus berlalu..masa ni aaorn kalut mengejar kekasih hatinya tetapi bukan kejar lisa as a wife dia masa tu..sebaliknya nye kejar maya yg menjadi wife pertama tanpa sesiapa yg tahu...wahhh..hebat ingatan aku kan..

Percaya atau tak, lokasi teh boh sungei palas anatara lokasi paling cantik dlm kategori ladang teh yang terdapat di Cameron Highland. Mungkin faktor lokasi yg jauh masuk kedalam..sejuk dan menyegarkan..buat tempat ni sangat2 cantik dan damai hokeh!....

nak datang kesini korang perlukan keuatan mental yang kuat sebab jalannya tersangat lah sempit dan berliku2..mmg ohsem dan penuh cabaran nk lalu sini..lagi2 kalau korang terselisih ngan bas sekolah atau lori2 pick up..kali pertama aku datang sini aku follow rapat belakang bas sekolah..mmg mudah dan senang sebab korang tak payah nak pikir utk adjust ruang kereta utk berjalan dan x perlu nak hon2 setiap selekoh..ini tips yea..x caya korang buat...

Entrance nak masuk jalan ke kawasan ni terletak betul2 selekoh turun bukit..betul2 selepas Farm Bee (kanan)..simpang belah kiri ada signboard besar.  Ada yang cakap klu x nak atau takut nak drive kedalam, korang boleh park kete dia Farm Bee dan naik bas sekolah yang disediakan...tapi aku x sure bape caj dikenakan..

Saat paling best bila korang dah jalan jauh ketengah, korang akak nampak rumah2 english cottage yg dihiasi bunga bungaan, hladang teh yg luas menghijau dan aroma teh yg sangat menyegarkan..seriusly buat aku rasa nk dtg lagi tempat ni..rindunyaaaaa...

kat anjung ombak rindu ni tempat korang boleh lepak2 sambil ambil gambar..makan pun boleh..ada teh fresh dijual di situ beserta dessert2 dan sandwich dengan harga yang agak mahal la kot tapi sebenarnya standard harga mcm ko minum kat delifrance or old town lah kott..pada aku la..

Ok, aku nak share gambar2 aku dan adik aku, aku ngan bff partner aku dan gambar aku bersama en hubby..aku gabungkan kesemua koleksi gambar kami ketika kami melawat ladang teh boh ombak rindu ni sejak dr tahun 2012 sehingga 2016 untuk tatapan semua..


2012..awal pagi di sini..
2012...nampak tak anjung ombak rindu

2012..zaman dolu2..
2012..unlimited expression


2012...macho lagi time ni
2012..BFF partner



2013..main entrance
2013...masih cantik dan terpelihara


2013...morning breakfast
2013...fresh tea from ladan


2013...mesin proses 


2013...adik and his preggy wife..


2013...our memories at ombak rindu

2016...hubby with aril, hubby juju
2016..me with juju, wifey aril


2016..breakfast
2016..port baru ber selfie


2016..masih vcantik but dah x sesejuk mcm dulu2
2016..love u hubby


"US..celebrating our 16years friend


2016...still friend til jannah

Juju with aril
nuris with faeez

Sorry untuk gambar 2014 & 2015 x masuk sebab x jumpa file simpan mana..tapi gambarnya lebih kurang sama la cuma bezanya 2015 bawak family ke sini..huhu..2014 masih lagi bersama2 ber holiday ngan BFF partner

Tuesday, 5 April 2016

Cameron Highland : Taman Agroteknologi Mardi

Salam warga blogger sekalian...

Ok entri ni masih kesinambungan dari cerita2 entri yang lepas iaitu Cameron Highland. Kisahnya kenapa Cameron? sebab tu lah satu2 nya tempat yang aku and hubby rajin pergi..bak kata kawan-kawan aku dah mcm balik "kampung" lak...wajib tiap2 bulan...Heheheheehhe

Kali ni nak story mory apa yang best kat Taman Agroteknologi Mardi. Ok tempat ni terletak berhampiran town tanah rata. kalau dr brinchang, korang akan lalu kg sedia, kemudian turun bukit dan nampak taman yang ada playground belah kiri, masuk simpang kiri tu and teruskan lah perjalanan sampai nampak main entrance "Taman Agroteknologi Mardi"..

Yang menariknya kat sini ialah bunga-bungaan yg pelbagai..kiranya spesis bunga yang tak boleh hidup kat bawah sna leh hidup kat sni yea..tempatnya luas sangat dan berangin sejuk walaupun dalam gambar kelihatan matahari memancarkan cahaya dengan terangnya

ikutkan kawasannya luas sampai ke hujung, tapi aku ngan bff aku just jalan n lepak kat garden sahaja sambil menikmati suasana nan indah dan menghirup udara yang segar...x silap aku ada pelbagai tanaman rempah ratus dari negara luar seperti daun bay, thyme, oregano dan senagkatan ada di tanam dan dijual di sini. Stoberi pun ada, anggur pun ada, ahli keluarga salad dan sebagainya lah..payah nak citer sbb aku tak ronda habis. Oh ya untuk masuk ke sini seorang dewasa dikenakan bayaran rm3 seorang unlimited time..Jalan lah korang puas2....toilet dan surau juga ada disediakan untuk umat islam menunaikan solat fardhu...

Pada aku yang syok kat sni ialah bergambar, berselfie sambil feeling2 hindustan gitew..time aku pergi ni tgh hot citer dilwale..makanya feeling la "janam...janam..." kat pokok2 bunga di situ...jom la layan keindahan yang aku ckp kan tu yea..



haaaaaaa..nampak tak betapa feelingnye aku ngan munge2 ni haa

juju my bff till jannah..16 years friendship weh




bunga-bunga matahari...harum mekar di taman sari..warna jingga suntingan hati...lalalalalal

yg ni memang fefeling oversea gitewwww


periuk kera..sat gi kera mai masak kat sini..erkkkk

juju my bestie
aku si blogger..huhu













Cameron Highland : Opah Strawberry Farm


Salam korang,


Entri kali ni aku nak share salah satu tempat yang aku lawat ketika berada di cameron.  Kalau korang pergi Cameron, pastinya Strawberry menjadi tunggak one of the top five things yang korang akan beli kan?....Kat cameron merata gerai jual strawberry...murah-murah dan segar bugar..pengalaman aku setelah beberapa kali ke cameron ni, memang x dinafikan strawberry kat Opah Strawberry Farm ni memang manis dan fresh kalau nk dibandingkan dengan tempat lain...x kira la strawberry yang sudah tersedia atau yang korang nak petik sendiri

Selama ni kalau aku nak makan strawberry aku akan beli kat Kea Farm atau petik sendiri kat Big Red Strawberry Farm. Tetapi kali ini, aku memang nak sangat jalan2 area Kampung Sedia. Satu2 nya kampung yang padat dengan penduduk melayu yang giat mengusahakan pelbagai bisnes seperti ladang/kebun strawberry, homestay, chalet dan tanaman2 sayur segar.

Dalam banyak2 strawberry farm di sini, aku pernah pergi yang dekat Al-Masyor dan Opah Strawberry Farm...tapi pada pendapat aku, Opah Strawberry Farm adalah yg terbaik untuk semua product situ baik, superb ais cream, jelly, jem, mabeles scone, hot strawberry pie and ais cream malaysia flavour strawberry...tak lupa jugak buah strawberry petik sendiri..mmg manis!

Opah Strawberry Farm ni terletak between tanah rata dan Brinchang. Kalau dr Birnchang, Kg Sedia terletak sebelah kiri jalan yang ada pintu gerbang besar "kampung Sedia"...korang masuk je entrancen tu dan jalan terus ..ada dalam 1 km dr pintu gerbang, lepas pada Marina Chalet belah kiri, korang terus lagi, ..nnti korang akan nampak sign board "Opah Strawberry Farm"..kawasan perumahan melayu yang dibangunkan kebun2 strawberry di keliling rumah dan mini cafe.

Apa yang buat aku tertarik dengan Opah Strawberry Farm ini bila aku ada terbaca satu blog blogger yang mengatakan dia dan suami x minat makan ais cream tapi di Opah farm ni diaorg boleh repeat and repeat makan byk kali..so?mmg aku pikir sangat sedap la sbb aku mmg peminat ice cream. Selain itu scone dan strawberry pie nya mmg terbaik hokeh!...sangat2 sedap dan fresh, dihidang pulak panas2..memang salute wa cakap lu!...kalau korang rasa nak makan pie ngan scone tu aku nasihatkan datang lah pagi2 sebab stok masih banyak...klu dah lewat, korang makan eskem jek la ekkk..

Kat sini juga merupakan pengalaman aku 1st time petik buah strawberry k!...memang betul aku dah berkali2 dtg cameron tapi niat and mood nk memetik mmg malas, makanya beli yg dah siap jek..tapi bila kat opah farm ni perasaan teruja nk petik(tapi sebenarnya potong pakai gunting) tu membara2 lak..mungkin sebab buahnya yang besar2 dan fresh gitu yang buat aku x tahan. Oh ya ni aku nak bg tips kat korang, kalau nak datang cameron beli or petik strawbery, korang datang lah awal tahun dalam january and february kerana baru lepas musim hujan dan musim panas yang tak seberapa panas akan membuahkan stoberi yang sedap dan manis..klu bulan mac ke atas mmg ada stoberi tapi x jamin dengan keadaan iklim el nino kat malysia skg..takut tggal pokok ja..kalau hujung tahun mmg ada buahnya tapi x manis sebab musim hujan banyak air lak...hehehe..eh dah mcm saintis lak aku...ni pengalaman aku la..pengalaman org lain aku tak tau la..huhuhu.....ok lah moh layan gambar...

antara yang terbaik..harus order! 
stoberi pie yang sangat mabeles and hot!..lembut sgt!


ni yang aku cakap homemade stoberi ice cream yang melting tu..repeat n repeat!

Kan dah cakap stoberinya menggugat jiwa!



Anatar yang erjaya di petik untuk bawak balik..murah 

Encik Hubby fokus memetik..eh..menggunting
With my BFF couple @ travel partner, JuJu & Hubby..

"KAMI"....partner berjalan and holiday

Layan "eskem malaysia" flavour stoberi