Salam semua,
First sekali aku nak apologize la coz dah lama aku abaikan entri aku ni ha..bukan apa, masa terlalu cemburu ngan aku...chewahhh....hahhahaha....sejak menceburi bidang bisnes ni, aku memang la tersangat bz,mana nak bisnes, mana nak keje, mana nak berniaga part time....hahahha...poyo kan..semua nak!....mula2 jek susah, bila dah biasa, senang jek...ok la kan..bukan aku saja2 nak memenatkan badan aku ni, tapi i had no choice ok....demi masa depan aku berkorban gitu~~~wink...wink...~~
Oklah tak nak membebel panjang, kita start ngan pengembaraan aku dalam Jalan-jalan Makan-makan di Penang Island. Pengembaraan aku ke Penang berlangsung pada Cuti Raya AidilFitri bulan Ogos yang lepas...bayangkan lah orang lain tak sabar nak cuti raya, aku tak sabar nak cuti jalan-jalan k...disebabkan aku ni pekerja yang cemerlang kononnya, maka balance cuti aku terlalu banyak sehingga menyebabkan aku terpaksa amik dua minggu cuti non stop pada bulan tersebut!....over kan...tapi apa leh buat, terimalah hakikat walaupun jauh di sudut hati aku, aku tau ramai je yg sebal bebal ngan percutian panjang aku tu ha....
Penang!..yeah...kami (aku with mr.Hubby n BFF couple aku Ju with Aril)...pagi raya ke-4 bermulalah perjalanan kami ke Penang melalui PLUS highway arah Utara....aku ingat lagi time tu hujan renyai2 menyebabkan kete Ferrari aku tak dapat dipandu laju...makanya sampai di penang lebih kurang jam 2pm...tolak tambah after kami melantak kat Nasi Kandar Line Clear..ni pun best ni, tapi nnti aku citer kat part lain ek..ni kisah Roti Canai dulu naaa...
Terbitnya naluri nak makan kat Roti Canai Jalan Transfer ni, mcm biasalah, aku ni mmg jenis suka wat research dulu before pergi suatu tempat..google punya google, makanya ramai yang mengatakan bekfes kat sini mmg superb n terbaik lah!...hari kedua, pagi, berlakulah peristiwa ini dimana kami mula mencari tempat yang dinyatakan sedap sangat ni...seriously aku cakap jalan kat Penang ni mmg banyak dah berubah, semua dah jadi one way makanya, kami menggunakan perkhidmatan peta "waze"...cari punya cari, pusing punya pusing maka, jumpa juga akhirnya..tepi jalan jek kot....kedainya tak la mewah,..ala-ala kedai stall mamak yang biasa kita nmpak tepi jalan tu lah....ok, meh share skit pic2 menarik kat sini ek...then aku smbung story..kang bosan plak korang...
|
roti canai telur yang tak berapa nak ada rupa sangat, tapi percayalah...sedap walaweh! |
|
Ni la dia penyedap kepada roti canai dia atas, kari daging and kari ayam ...perghhh...wat aku rasa nak p sana lagi lah!ceh..! |
|
haaaa..... ni pula roti bakar beserta telur setangah masak yang tak hancur yea....mmg terbaik makan bersama lada sulah n kicap skit |
|
haaaa...ni pulak set roti bakar ngan telur separuh masak yang hancur...kelasssss gitu... |
haaa..tu lah antara menu wajib bila korang sampai kat situ...lupa plak aku nak snap pic air...teh n teh o ais pun sedap..memang terbaik la...roti cananya memang agak tebal..aku bagi nama canai lempeng, tapi memang sedap n puas makan,...pada aku penyedap bagi roti canai kat sini ialah kuah kari ayam dan dagingnya yang superb sangat2...memang tak boleh lupa smpi sekarang la..kalau lah ada bukak kat KL ni, memang aku la pelanggan tetap kedai ni..hahahahhah...harga pulak not bad la..sedap dan berpatutan menyebabkan kami ulang makan lagi kat tempat ni pada hari kedua kami di Penang ok!..waktu beroperasi pula adalah pada setiap hari, jam 7am sampai la 3pm..huhu..kalau tak silap aku lah kan...so, untk meng endingkan story Roti Canai Jalan Transfer ni, aku selitkan gambar2 yang telah aku edit..haaa..yang pakai baju pink tu lah BFF aku ok..sama tak?....tak lupa juga beberapa mural yg sgt kiut miut yang dilukis di dinding hotel mini berdepan dengan kedai roti canai ni utk tatapan semua...ouchhhhhh...chow dulu~~~~
|
yang adik manis baju pink colour tu lah BFF aku sejak turun temurun...sayang dia! |
|
antara mural2 yang kiut di kawasan sekitar Jalan Transfer |
|
ni lah Mr.Hubby merangkap driver pada hari tu |