Pages

Monday, 16 May 2016

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Salam,

maaf lah..agak lama blog terbengkalai...kesibukan di tempat kerja dan tuntutan tanggungjawab sebagai seorg wife di rumah dan juga mini frozen bisnes menyebabkan aku ni terkejar2 nak buat semua dalam satu masa..huhu

dalam hidup ni mesti kena ada peningkatan kan....tu yang maam2 tu..hahaah..apa pun alhamdulillah mini bisnes frozen popia and samosa aku berjalan dengan aik..banyak jugak dapat order..tiap2 minggu...syukur rezki mu ya allah...

ok kali ni aku nak story pasal antara port makan best kat melaka..jeng..jeng..jeng...x alain x bukan coconut shake batu berendam. Kali pertama aku datang sini, cousin aku yang bawak..memang ohsem sebab selain coconut shake, ada juga terdapatnya yong tau foo terhebat abad ini..lain dari yang lain..makan dengan sup tapi boleh cicah ngan sosnya ...selain itu laksa dan soto di sini juga terbaik..sotong kangkung, "cucuk2"..eh apa cucuk2 tu?..haaa nanti tgk gambar naaa kalau nak tau...

lokasi tempat ni aku pun x tau nak ckp cam ne..tapi mudah je kalau korang guna GPS or WAZE..confirm sampai..huhu..apa yang best kat sini air kelapa refill free hokeh..then yong tau foo sup yg mabeles..and tak lupa coconut shake nya..beza sni dgn klebang is..coconut shake sini tabur choc rice..kalau korang dtg sni, better seat la..kalau tapau mmg jenuh beratuq..pastu seat kat dalam sbb ada pelbagai menu termasuk yong tau foo power tu..kalau kat luar takat "cucuk2" and goreng2 jak..

ok jom layan gambar kat bawah


harga yang aku rasa sangat reasonable..setara ngan kesedapnnya..puas hati!


ni la yong taufoo power yang aku cakap tu...

sotong kangkung yg fresh
coconut shake..special..


air kelapa refill free..mmg ada kat setiap meja
ni la yong tau foo sop..tapi sosnya aku x snap lak


ni la dia yang aku cakap "cucuk2" tu....ni style goreng..kat dalam kedai style rebus celur

nampak tak timbunan kelapa tu?..korang agak2 bape la untung sehari ek?

aku la ngan hubby and si comel tu boyfren kecik aku

cousin yang secara tak langsung merangkap pemandu pelancong yang bertanggungjawab memperkenalkan aku ngan tempat ni

Tuesday, 12 April 2016

Cameron Highland : Pasar Kea Farm


Salam semua...

Maaflah beberapa hari ni i bz uollsss...bz ngan small bisnes "popia frozen"..huhu..nape mini?sebab aku buat as a part timer je..cr side income..alhamdulillah..

Ok entri kali ni masih lagi dalam story mory tentang Cameron Highland..sebab apa masih ngan Cameron?sebab nak abiskan semua stok simpanan gambar tentang Cameron ni..baru leh masuk topic lain lak..huhu...

Pasar Kea Farm..kalau korang p Cameron mmg x sah klu tak singgah pasar ni..lagi2 la kalau korang bwk mak pak sekali..mak2 tu mmg suka ngan pasar kea farm..sebab apa?..nama pun pasar kan..kat sni dijual pelbagai jenis  sayur-sayur segar bugar, buah-buah, segala jenis to nenek ubi dan madu asli.

Kalau korang nak tau betapa famous nye Pasar Kea Farm ni, dia punya kesesakan nak kesini memakan masa hampir sejm dua dan berkilo2 meter panjangnya..so rancang lah perjalanan korang yea...parking mmg susah la..aku klu pergi aku park kat area hotel equatorial tu atau namanya skg hotel copthorne...se eloknya korang kuar la awal pagi klu nk kesini..pastu korang dah boleh jalan2 tempat lain...cameron ni klu jem, mintak ampun!..mmg sesak yg amat lagi2 musim panas ni yg semua org nak p tempat sejukk..

Antara yang best kat Kea farm of coz la jagung manissss..serius sedap n manis..beberapa makanan panan seperti cendawan goreng..kimci goreng, bayam goreng dan seangkatan la...selain tu jugak, sayur2 kat sini dijual murah sgt..percaya atau tak kalau korang pandai pilih, boleh dapat 13 jenis sayur dengan harga RM10.00 jakkk

Ok jom layan gamabar2 terkumpul aku kat kea farm since 2012-2016!..maaflah x byk gambar sebab ada lagi satu album kat hp lama yg tak leh bukak..huhu..klu dah ok, aku tambah je kemudia k

main entrance Pasar Kea Farm

Zaman Dolu2
 

ni la jagung maniss..ada yg tongkol jugakkk
 

stoberi yang segar bugar


cantik kannnnnn...bunga carnation

segala macam ubi
madu asli



Thursday, 7 April 2016

Cameron Highland: Ladang Teh Boh Sungei Palas "Ombak Rindu" year 2012 - 2016

Salam semua!

Tengok tajuk title post pun dah leh agak kan aku nak cerita pasal cameron highland lagik!..tapi kali ni aku akan combine kan semua gambar2 yang aku ada dalam simpanan masa aku melawat ladang Teh ombak Rindu ni haaa...bukan aku malas nak buat satu persatu blognye tapi memandangkan ceritanya mungkin akan sama setiap kali pergi, makanya aku gabungkan sahaja menjadi satu ok!

kenapa aku ckp Ladang teh "ombak rindu"?...sebab masa tahun 2012 ke 2013..sebab utama aku datang sni ialah semata nak feel suasana syahdu, sejuk, nyaman dan tenang macam dalam filem ombak rindu. Tapi kalau ikut citer dalam filem,masa part dekat lokasi ni aaron aziz bergaduh ngan lisa surihani sebab aaron sedang memjuk julia ziegler yang baru putus cinta, kemudia lisa nampak dan marah,diikuti maya karin (heroin) nampak dan terus berlalu..masa ni aaorn kalut mengejar kekasih hatinya tetapi bukan kejar lisa as a wife dia masa tu..sebaliknya nye kejar maya yg menjadi wife pertama tanpa sesiapa yg tahu...wahhh..hebat ingatan aku kan..

Percaya atau tak, lokasi teh boh sungei palas anatara lokasi paling cantik dlm kategori ladang teh yang terdapat di Cameron Highland. Mungkin faktor lokasi yg jauh masuk kedalam..sejuk dan menyegarkan..buat tempat ni sangat2 cantik dan damai hokeh!....

nak datang kesini korang perlukan keuatan mental yang kuat sebab jalannya tersangat lah sempit dan berliku2..mmg ohsem dan penuh cabaran nk lalu sini..lagi2 kalau korang terselisih ngan bas sekolah atau lori2 pick up..kali pertama aku datang sini aku follow rapat belakang bas sekolah..mmg mudah dan senang sebab korang tak payah nak pikir utk adjust ruang kereta utk berjalan dan x perlu nak hon2 setiap selekoh..ini tips yea..x caya korang buat...

Entrance nak masuk jalan ke kawasan ni terletak betul2 selekoh turun bukit..betul2 selepas Farm Bee (kanan)..simpang belah kiri ada signboard besar.  Ada yang cakap klu x nak atau takut nak drive kedalam, korang boleh park kete dia Farm Bee dan naik bas sekolah yang disediakan...tapi aku x sure bape caj dikenakan..

Saat paling best bila korang dah jalan jauh ketengah, korang akak nampak rumah2 english cottage yg dihiasi bunga bungaan, hladang teh yg luas menghijau dan aroma teh yg sangat menyegarkan..seriusly buat aku rasa nk dtg lagi tempat ni..rindunyaaaaa...

kat anjung ombak rindu ni tempat korang boleh lepak2 sambil ambil gambar..makan pun boleh..ada teh fresh dijual di situ beserta dessert2 dan sandwich dengan harga yang agak mahal la kot tapi sebenarnya standard harga mcm ko minum kat delifrance or old town lah kott..pada aku la..

Ok, aku nak share gambar2 aku dan adik aku, aku ngan bff partner aku dan gambar aku bersama en hubby..aku gabungkan kesemua koleksi gambar kami ketika kami melawat ladang teh boh ombak rindu ni sejak dr tahun 2012 sehingga 2016 untuk tatapan semua..


2012..awal pagi di sini..
2012...nampak tak anjung ombak rindu

2012..zaman dolu2..
2012..unlimited expression


2012...macho lagi time ni
2012..BFF partner



2013..main entrance
2013...masih cantik dan terpelihara


2013...morning breakfast
2013...fresh tea from ladan


2013...mesin proses 


2013...adik and his preggy wife..


2013...our memories at ombak rindu

2016...hubby with aril, hubby juju
2016..me with juju, wifey aril


2016..breakfast
2016..port baru ber selfie


2016..masih vcantik but dah x sesejuk mcm dulu2
2016..love u hubby


"US..celebrating our 16years friend


2016...still friend til jannah

Juju with aril
nuris with faeez

Sorry untuk gambar 2014 & 2015 x masuk sebab x jumpa file simpan mana..tapi gambarnya lebih kurang sama la cuma bezanya 2015 bawak family ke sini..huhu..2014 masih lagi bersama2 ber holiday ngan BFF partner